Wednesday, August 29, 2007

Pengenalan Diri

Assalammua'laikum semua,
Saya bernama Fatin Nasuha Binte Kasmani. Saya sedang menduduki peperiksaan O Level pada tahun ini di sekolah menegah Shuqun. Saya berumur 17 belas tahun dan tanggal hari jadi saya ialah satu haribulan mac tahun 1990 (01/03/1990). Saya mempunyai dua orang adik dan saya adalah yang paling sulung dalam adik beradik saya. Saya mempunyai kehidupan yang cukup selesa dan bagi saya, kesederhanaan itu sudah mencukupi dan boleh membahagiakan saya sekeluarga. Pada masa lapang saya, saya tidak suka membuang masa dan saya akan cuba sedaya upaya saya untuk memanfaatkan masa lapang ini dengan membuat kerja-kerja yang faedah. Antara kerja-kerja yang saya gemari ialah membaca. Membaca dapat menghayalkan fikiran saya apabila saya sedang menghayati pembacaan tersebut dan disamping itu, ia dapat meningkatkan daya pertuturan bahasa Melayu saya. Jika saya berasa terlalu mendak, saya akan keluar bekelah bersama anggota keluarga saya. Kami akan berkelah di pantai East Coast dan kami akan membawa sedikit makanan dan minuman ke sana. Kami akan bermandi-manda di tebing kerana ia adalah kawasan yang paling selamat bagi bukan pemberenang. Akhir sekali saya ingin mengakhiri pengenalan diri saya dengan kata-kata hikmah; dalam kehidupan ini, setiap orang diberikan pilihan dalam setiap perkara. Ini semua terpulang kepada setiap individu masing-masing. Musuh paling ketat kita adalah diri kita sendiri kerana jika kita tidak mahu buat yang terbaik untuk diri kami, kita yang dipersalahkan.